Ada dalam kalangan kita menolak kewujudan alam misteri dan mistik. Tidak
kurang yang menyatakan ia hanya tahyul dan tidak seharusnya dipercayai.
Bagi penduduk Terap Daerah Kulim Kedah, penemuan mayat tiga beradik
tanpa kepala beberapa tahun lalu, meninggalkan kesan kepada mereka
apabila jelmaan lembaga tanpa kepala sering ditemui berdiri di tepi
jalan apabila menjelang waktu tengah malam terutama ketika waktu hujan.
Ada juga penduduk kampung yang pernah melihat lembaga itu pada waktu
pagi, terutama yang bekerja di ladang getah. Seorang Penoreh Getah,
En.Abu Hassan Ismail yang tinggal di Terap sejak 54 tahun lalu berkata,
hanya mereka yang pernah bertemu dengan lembaga itu sahaja akan
mempercayai kewujudannya. Menurutnya, sehingga kini, ramai penduduk
sudah melihat sendiri dan ada antara mereka yang sampai demam kerana
terkejut.
"Sekitar tahun 2007 dan 2008, penduduk kawasan ini digemparkan dengan
penemuan mayat tiga beradik tanpa kepala di dalam kawasan ladang getah.
Mereka dipercayai dibunuh di tempat lain dan mayat mereka dibuang
disini"
"Selepas kejadian itu berlaku, ada penduduk kampung, terutama penoreh
getah yang keluar bekerja seawal jam 4 pagi, ternampak lembaga tanpa
kepala berdiri di tepi pagar kawasan ladang atau di tepi jalan. Sejak
itu laluan dari Terap ke Sungai Tengas dikatakan berpuaka" kata En.Abu
Hassan
Sementara itu, seorang penggemar burung yang sering masuk ke kawasan
hutan berdekatan berkata, dia turut menemui lembaga itu kira-kira jam 12
tengah hari. Ketika sedang leka mengunggu, dengan tiba-tiba burung yang
dijadikan umpan bertukar menjadi liar.
Sedang dalam kehairanan itu, dia merasa seram sejuk dan seakan ada orang
sedang memerhati. Apabila dia menoleh ke belakang, lembaga tidak
berkepala itu telah ada di belakangnya.
Selain itu, kawasan misteri berkenaan juga sering berlaku kemalangan.
Penunggang motosikal, pemandu kereta, bahkan pemandu lori treler juga
dilaporkan sering terbabas kerana cuba mengelak daripada lembaga tidak
berkepala yang sedang melintas jalan.
Anggota-anggota polis dari Pondok Polis Terap yang sering membuat
rondaan juga menyatakan yang kawasan berkenaan amat menyeramkan terutama
apabila tiba di puncak bukit.
sumber : kedah2u.com
seramnya tghari pun dia ada
ReplyDeletetpi jarang dah dgr crita nih..
ReplyDelete