Galaxy Nexus |
SAN JOSE, California - Mahkamah Amerika Syarikat (AS) semalam membenarkan permohonan Apple agar penjualan telefon pintar Galaxy Nexus dilarang dijual di negara itu - perkembangan terbaru kira-kira seminggu selepas larangan yang sama dikenakan ke atas Galaxy Tab 10.1.
Perintah itu kemenangan kedua kepada pengeluar iPhone itu, yang membawa kes terhadap Samsung.
Apple dan Samsung, pengeluar produk elektronik terbesar dunia, terlibat dalam perang pertikaian perundangan di beberapa negara, masing-masing mendakwa telah melanggar aspek paten.
Jumaat lalu, Hakim Mahkamah Daerah Lucy Koh mengenakan larangan jualan Galaxy Tab 10.1, komputer tablet yang berfungsi atas platform Android dan menjadi pesaing kepada iPad.
Dalam keputusan semalam, Koh berkata, Apple telah menunjukkan wujudnya pencabulan dan kesahihan.
Bagaimanpun Koh memutuskan Apple tidak perlu menyediakan bon untuk menguatkuasakan injunksi praperbicaraan berbanding ketika kes pertama sebelum ini.
Samsung, syrikat gergasi dari Korea Selatan berkata, pihaknya kecewa dengan kes semalam.
"Kami akan mengambil kesemua pendekatan yang ada termasuk tindakan perundangan untuk memastikan Galaxy Nexus terus berada di pasaran untuk pengguna," katanya lagi.
sumber-Sinar
No comments:
Post a Comment