RAWANG – Seorang kontraktor tidak menyangka rumah teres dua tingkat miliknya yang telah tujuh kali dimasuki penyamun sejak tiga tahun lalu akan menjadi lokasi terakhir tiga lelaki Indonesia menyamun apabila kesemuanya mati tersungkur dalam kejadian berbalas tembak semalam.
Riwayat ketiga-tiga suspek berusia lingkungan 30-an bersenjatakan dua pucuk Pistol Revolver itu berakhir pada pukul 4.30 pagi di Batu 20, Jalan Rawang ketika mereka cuba melarikan diri selepas gagal menceroboh rumah mangsa di Taman Templer Saujana di sini setengah jam sebelum itu.
Jarak antara kedua-dua tempat itu kira-kira 300 meter. Difahamkan, jika berjaya memecah masuk, suspek merupakan penjenayah kelapan yang dapat melarikan barang berharga milik Mohd. Azharudin Mahbub, 46.
Menurut Mohd. Azharudin, ketika kejadian, dia, isteri, tiga orang anak dan seorang pembantu rumah sedang tidur.
“Isteri saya terjaga selepas ternampak dua kelibat orang di luar. Dia kemudian menghubungi polis sebelum suspek cuba melarikan diri.
“Ini bukan pertama kali rumah saya dirompak. Sebelum ini sudah tujuh kali penyamun memecah masuk rumah sejak tiga tahun lalu dan salah satu kejadian itu, rantai kaki anak perempuan saya disamun di depan rumah,” ceritanya ketika ditemui semalam.
sumber-Kosmo
No comments:
Post a Comment