Pada tahun 2009 lalu dunia perubatan dikejutkan dengan peristiwa
aneh. Doktor di Colorado, Amerika Syarikat, baru mengeluarkan kaki kecil
dari otak bayi berusia tiga hari. Ahli bedah otak pediatrik Dr Paul
Grabb sangat terkejut.
Ketika membedah kepala dan otak Sam Esquibel, dia mencari sepotong
kaki yang hampir terbentuk dengan sempurna, lengkap dengan lima jari dan
kaki yang lain yang hampir berbentuk.
Tidak hanya itu, dia juga mendapati beberapa bahagian tubuh lain,
seperti sepotong tangan dan paha. "Seperti melahirkan bayi tapi dari
otak," kata Grabb seperti dilaporkan Daily Mail.
“Penemuan struktur organ yang hampir terbentuk seperti ini merupakan perkara yang unik, bukan perkara biasa, dan tidak pernah terdengar di mana-mana,” doktor tidak boleh menjelaskan fenomena ini. Namun, katanya, boleh saja ‘kaki’ di dalam otak Sam itu benar-benar suatu bentuk tumor otak bawaan.
Tumor, menurut Grabb, boleh saja terjadi akibat kes fetus in fetus di mana janin kembar tumbuh di dalam janin lain. Walaupun demikian, dia tidak pernah mendengar ada kes seperti itu yang berlaku di dalam otak dan ianya dianggap terlalu luar biasa.
sumber- Harian Metro Online
No comments:
Post a Comment