Khasiat pokok Jarum Mas digunakan untuk perubatan sejak turun temurun. Menurut kisah, jarum mas mula digunakan untuk mengembalikan kecergasan selepas bersalin setelah orang terdahulu melihat kucing yang baru melahirkan anak selalunya akan mencari dan mengunyah rumput ini.
Cara digunakan ialah satu atau dua batang rumput jarum mas yang dikeringkan direbus hingga mendidih dan diminum airnya dua kali sehari. Pastikan tidak terlalu banyak tumbuhan ini dimasukkan ke dalam rebusan kerana pengambilan berlebihan boleh menimbulkan kesan sampingan seperti mual dan loya.
Khasiat lain yang didakwa mengenai Jarum Mas ialah kemampuannya dalam mengubati sakit buah pinggang, tegang urat, melancarkan proses berkaitan pembiakan manusia dan menambahkan tenaga batin. Bagaimana pun belum ada kajian klinikal yang dijalankan secara saintifik di laporkan dengan lengkap.
No comments:
Post a Comment