1. ElBil Norge Buddy Cab
ElBil merupakan kereta elektrik Norwegia. Ini merupakan model generasi keenam yang disebut Kewet. ElBil mula dicipta pada tahun 1991. Selama lima generasi pertama, lebih dari 1000 kenderaan elektrik yang dihasilkan dan dijual di 18 buah negara.
2. Lumeneo Smera
Seorang warga Perancis telah berjaya mencipta kereta elektrik Lumeneo Smera dan akhirnya dilancarkan pada bulan Mei . Mereka membelanjakan hampir RM100 ribu untuk setiap unit. Pada masa ini ia hanya dijual di Perancis, tetapi masih dipertimbangkan untuk dipasarkan di seluruh Eropah dalam masa terdekat.
3. Tango
Tango memiliki dua motor elektrik yang membolehkan ia bergerak dengan kelajuan 100 kilometer per jam dalam masa kurang dari empat saat.
4. Reva G-Wiz
G-Wiz merupakan kereta bandar yang dibuat oleh Reva Electric Car Company di Bangalore, India. Kereta ini terdapat di England.
5. Smart Fortwo
Smart Fortwo mengungguli debutnya pada tahun 1998. Sepuluh tahun kemudian, model yang menggunakan konsep elektrik diumumkan iaitu, Ed Fortwo. Fortwo tidak hanya dijual di Eropah, tetapi juga terdapat di Amerika Syarikat.
6. Kandi Coco
Kandi Coco adalah istimewa untuk penduduk Oklahoma, AS, dengan harga yang murah. Ianya adalah dibawah tanggungan subsidi kerajaan tempatan. Kereta elektrik dua penumpang ini dilancarkan pada 2009.
7. Daihatsu Copen
Daihatsu Copen adalah kereta dua tempat duduk yang hanya terdapat di Jepun dan Eropah. Ciptaan asal dari Jepun ini sudah dipromosikan sejak 2001.
8. Think City
Pengeluar kereta Norwegia merancang untuk membuat kereta yang menggunakan 100% tenaga elektrik, seperti projek di Amerika Syarikat. Namun, setelah dikeluarkan pertama kalinya pada tahun 2009, pengeluar kereta ini terpaksa menghentikan pengeluarannya dengan alasan kesulitan modal.
9. Bollore BlueCar
Kereta ini hanya terdapat di Perancis. BlueCar adalah kenderaan elektrik yang menawarkan kelajuan maksimum 135 kilometer per jam dan boleh berjalan sejauh 250 kilometer. BlueCar memerlukan enam jam untuk mengecas bateri sepenuhnya.
10. Ford KA
Ford memperkenalkan KA pertama kalinya pada 1996, dan mereka menganggap itu adalah sebagai hari Volkswagen Beetle moden. Penjualan kereta ini sangat laris di Britain dan bukan di Amerika Syarikat walaupun ianya negara asal kereta ini .
No comments:
Post a Comment