Pages - Menu

Monday, July 16, 2012

10 tempat kawalan terketat dan terkebal di dunia

1. LONDON TOWER

London Tower

Tempat ini adalah sebuah bangunan lama yang terletak di England. Dahulunya, bangunan ini adalah kediaman rasmi keluarga diraja England sebelum dipindahkan ke istana Buckingham. Bangunan ini tersimpan begitu banyak peninggalan pusaka kerajaan Inggeris seperti mahkota emas St. Edward, mahkota Kohinoor milik ratu Eliztbeth dengan berlian seberat 109 karat dan tongkat kerajaan dengan “bintang dari Afrika” (berlian asahan terbesar di dunia). Semuanya tersimpan di bilik rahsia bawah tanah yang dilapisi plat keluli. Ianya turut di kawal rapi oleh tentera.


2.SEALAND

Sealand

Bangunan ini sebenarnya adalah bekas tembok pertahanan tentera udara England semasa perang dunia. Ianya terletak 10 km dari pantai Suffolk, England. Sealand merupakan daerah istimewa yang ditadbir oleh seorang raja, malah ada yang menyebut bahawa Sealand adalah negara terkecil di dunia. Lokasinya yang jauh dari penempatan ditambah pula dengan kawalan oleh tentera England membuatkan lokasi ini menjadi tempat menyimpanan yang selamat. Malahan syarikat penyimpanan data terkenal Haven Co dipercayai menempatkan data simpanannya di tempat ini.


3.GRANITE BUNKER

Granite Bunker

Granit bunker adalah sebuah bunker penyimpan data yang terletak di Salt Lake City, Utah Amerika syarikat. Bunker ini dijadikan sebagai tempat penyimpanan data penduduk dalam pentadbiran Amerika syarikat. Bunker ini boleh dikatakan sebagai bunker paling selamat kerana terletak 200 meter di bawah gunung granit. Pintu logamnya adalah seberat 12 tan dan mustahil untuk diceroboh.


4.NORAD CENTRAL

Norad Central

Norad central adalah sistem pertahanan angkatan tentera udara Amerika. Sistem pertahanan ini berupa gua seluas 18 000 m2 dan sedalam 600 m dibawah batu kapur. Ruang terbesar adalah seluas 14 x 180 m dengan ketinggian 18 m dan ia mempunyai 2 pintu logam seberat 25 tan. Norad turut mempunyai 15 ruang lain dan sebahagian darinya 3 tingkat. Gudang di dalam Norad ini dilindungi oleh 1.319 plat keluli masing-masing seberat 450 Kg.


5.BOLD LANE PARKSAFE

Bold Lane Parksafe

Inilah tempat penyimpanan kereta paling selamat di dunia. Bold lane Parksafe bukanlah tempat parking biasa, tetapi sangat luar biasa kerana di setiap sudut terdapat ratusan kamera CCTV. Ditambah pula dengan ratusan alat sensor pergerakan yang sangat sensitif. Jika terdapat tanda-tanda yang mencurigakan, petugas keselamatan Bold Lane Parksafe yang sudah terlatih akan terus menyiasat keadaan.




6.FORT KNOX

Fort Knox

Fort Knox adalah pusat simpanan jongkong emas Amerika Syarikat yang terletak di kawasan ketenteraan Kentucky, AS, dan dikawal rapi oleh ratusan tentera. Terdapat ribuan jongkong emas dan dokumen berharga tersimpan di sini, salah satunya adalah naskah salinan asli piagam Magna Charta. Gudang ini dilengkapi dengan sistem keselamatan yang ketat. Pintu masuknya adalah keluli seberat 20 tan. Pintu utamanya pula dilengkapi dengan sistem kombinasi angka dimana hanya beberapa individu sahaja yang mengetahuinya.


7.AREA 51

Area 51

Area 51 adalah salah satu kawasan yang paling tertutup didunia dan ianya dijaga rapi oleh tentera Amerika. Kawasan ini dikatakan tersimpannya maklumat sulit mengenai pelbagai perkara misteri termasuklah mengenai UFO. Yang pasti, Amerika Syarikat menyimpan pelbagai dokumen ketenteraan mengenai pembangunan pesawat canggih dan teknologi lain di sini. Tidak hairanlah jika kawasan yang berada di daerah gurun Nevada ini menjadi salah satu tempat terselamat di dunia.


8. DATA FORTRESS

Data Fortress

Data fortress adalah bunker simpanan data yang terletak di pegunungan Alps Swiss. Bunker ini adalah tempat penyimpanan data milik perusahaan Mount 10 yang digunakan untuk menyimpan pelbagai dokumen rahsia milik kerajaan, ketenteraan, bank, dan lembaga kewangan dari seluruh dunia. Sistem keselamatannya adalah ketat dengan kawalan ratusan CCTV, sensor pergerakan, dan sensor bunyi.


9.FLORENCE PRISON

Florence Prison

Tempat ini adalah penjara kawalan terketat di daerah Colorado Amerika. Penjara ini mampu menampung sekitar 400 orang tahanan dan kesemuanya adalah pesalah berat. Banduan dikurung dalam 1000 bangunan keluli dengan sensor jarak jauh sementara luarnya pula di kawal oleh ratusan anjing pemburu.


10. AIR FORCE ONE

Air Force One

Air Force One adalah pesawat President Amerika. Pesawat jenis Boeing 747-200B ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan keselamatan luar biasa, bermula dari alat sensor, peralatan komunikasi kedap suara, alat anti gelombang elektromagnetik, serta sistem keselamatan lain yang canggih. Pesawat ini boleh mengisi bahan bakar di udara, bermakna ia boleh terbang berterusan selama seminggu tanpa perlu mendarat.

No comments:

Post a Comment