SUNGAI SIPUT: Hasrat 30 pelajar sebuah sekolah menengah, di sini, meneruskan kem motivasi di sekolah terbantut selepas mengadu muntah, loya, sakit perut dan cirit birit gara-gara ‘penangan’ bihun goreng dan teh tarik yang diambil sebagai sarapan.
Dalam kejadian jam 9.30 pagi semalam, pelajar tingkatan tiga, lima dan enam Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tok Muda Abdul Aziz itu menjamu makanan berkenaan sebelum bergegas ke tandas selepas mengadu sakit perut yang teruk.
Difahamkan, makanan dan minuman itu disediakan katering yang ditempah di luar sekolah sebagai sarapan pagi untuk pelajar sempena program motivasi dianjurkan di dewan sekolah.
Sementara itu, lebih 100 pelajar lain yang kebanyakannya bakal menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) tidak mengalami keracunan kerana tidak menjamah sarapan pagi. .
Berikutan kejadian itu, pelajar yang keracunan diasingkan oleh pihak pentadbiran sekolah sebelum ditempatkan di pusat sumber sekolah untuk rawatan awal.
Seorang pelajar tingkatan lima yang enggan dikenali berkata, dia mula berasa sakit perut jam 10 pagi sebelum ke tandas ketika program berlangsung.
sumber- HMetro
No comments:
Post a Comment