Satu lagi alat yang pelik telah direka iaitu 'alat memancungkan hidung'. Alat ini dikatakan dapat mengubah bentuk fizikal hidung seseorang agar menjadi lebih cantik khususnya bagi mereka yang mempunyai bentuk fizikal hidung yang penyek atau kemek. Ianya berasal dari negara matahari terbit iaitu Jepun. Buat masa ini, masih belum ada bukti yang kukuh bagi menunjukkan keberkesanannya. Jika ia benar-benar berkesan, sudah pasti akan memenuhi pasaran internet tidak lama lagi. Harganya pula mungkin jauh lebih murah berbanding pembedahan plastik. (Adakah Zizan Raja Lawak turut menggunakan alat ini) ....
No comments:
Post a Comment