Andy Griffith ketika mendapat anugerah Presidential Medal of Freedom dinobatkan oleh Presiden AS George W. Bush pada tahun 2005 |
NORTH CAROLINA, AS — Aktor Andy Griffith yang dikenali sebagai sherif di sebuah kota kecil dalam rancangan The Andy Griffith Show meninggal dunia di rumahnya di North Carolina. Demikian yang dilaporkan oleh stesen televisyen WITN, 3 Julai lalu.
The Andy Griffith Show tercatat dalam sejarah rancangan televisyen Amerika Syarikat sebagai salah satu program tayangan yang paling lama bertahan.
Memetik dari rakan lama pelakon lagenda Amerika tersebut, WITN menyiarkan bahawa Griffith meninggal dalam usia 86 tahun di rumahnya di Roanoke Island.
Menurut maklumat dari sherif Dare County, sebuah ambulans telah dihantar ke kediaman Andy tetapi tidak tahu apa yang berlaku seterusnya.
Selain menghoskan rancangan tv yang menggunakan namanya, Griffith juga berjaya mencipta karakter lain yang terkenal iaitu sebagai pengacara dalam siri Matlock antara tahun 1980-an hingga 1990-an.
Namun, karakternya sebagai Sheriff Andy Taylor dalam The Andy Griffith Show yang diterbitkan pada tahun 1960-an lah yang membuatkan dia mendapat tempat dalam sejarah program televisyen Amerika.
Drama tv yang menggambarkan sebuah kota fiksi Mayberry, di Carolina Utara itu diyakini ianya diilhamkan dari kehidupan di kampung halaman Griffith sendiri di MountAiry, Carolina Utara.
Andrew Samuel “Andy” Griffith yang lahir pada 1 Juni 1926 adalah pelakon, pengarah, penerbit, penulis skrip dan penyanyi gospel yang meraih pelbagai Grammy Award.
Dia juga memainkan peranan penting bersama pengarah Elia Kazan, untuk filem “A Face in the Crowd (1957)”, sebelum mendapat tempat dalam dunia penyiaran televisyen.
No comments:
Post a Comment