Tiga lelaki di Kapiri Mposhi, sebuah daerah di Zambia didakwa telah 'merogol' seekor ayam sehingga ia mati dan ia disyaki berkaitan dengan hal ilmu sihir. Ketiga-tiga lelaki itu masing-masing berusia 80, 66 dan 35 tahun.
Loveness Chimbuleni, ketua kampung (headwomen) mengesahkan kejadian itu. Chimbuleni berkata ketiga-tiga lelaki itu ditemui dengan ayam yang mati di dalam sebuah bilik tempat mereka melakukan 'projek' sambil mendera ayam itu. Ayam yang mati ditemui dengan rongga luka dan terdapat air mani pada bahagian dubur ayam itu.
"Kami telah melaporkan mereka kepada polis agar mereka ditangkap kerana perbuatan mereka satu kehinaan di mata Tuhan dan satu tindakan memalukan pada manusia. Ini bukanlah kali pertama kes sebegini berlaku dan sebab utamanya mungkin berkaitan dengan amalan ilmu sihir," Kata Chimbuleni.
sumber- jennykaleyn.blogspot
No comments:
Post a Comment