Pages - Menu

Saturday, July 7, 2012

Buaya Sarawak kembali ganas

INILAH lokasi Drahman dilibas buaya ketika dia mencangkung di atas rakit untuk mencuci tangan di Sungai Meruang, Batang Saribas dekat Betong, Sarawak semalam.
BETONG - Belum reda kisah buaya Bujang Sebelak mengganas di Sungai Anak, Roban baru-baru ini, satu lagi siri keganasan reptilia tersebut berlaku di Sungai Meruang, Batang Saribas dekat sini pagi semalam.

Kali ini mangsa terbaharu ialah seorang penduduk Kampung Hulu Beladin, Drahman Chali, 55, yang dibaham ketika mahu mencuci tangan pada pukul 8 pagi.

Ketua Polis Daerah Betong, Deputi Superintendan Sarifuddin Mustafa berkata, sebelum kejadian, mangsa bersama rakannya, Mohammad Nor Bujang, 51, sedang mengikat dan membuat rakit batang rumbia untuk dibawa ke kilang.

Menurutnya, mangsa kemudian mengajak Mohammad Nor makan terlebih dahulu sebelum menyambung kerja mereka dan dia pergi ke bahagian rakit batang rumbia untuk mencuci tangan sementara rakannya itu berada di daratan.


"Bagaimanapun, tiba-tiba seekor buaya telah melibas Drahman sebelum menarik mangsa ke dasar sungai lalu hilang sebelum timbul seketika di permukaan dalam jarak 50 meter daripada pandangan rakannya.

"Mohammad Nor yang terkejut dengan kejadian itu telah cuba menyelamatkan mangsa dengan terjun ke sungai itu namun buaya berkenaan semakin jauh ke tengah sungai," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

sumber- Kosmo

4 comments:

  1. buaya semakin menganas di sarawak .. nak mandi sungai pun takot. grrr

    ReplyDelete
  2. habis tu? slama ni x mandi ke?

    ReplyDelete
  3. between june ke july..memang masa buaya buaya tgh mengganas...

    ReplyDelete
    Replies
    1. seram juga ye klu tggl pggir sungai takut dijadikan mangsa...

      Delete