Hirisan keju biasanya berwarna putih pucat. Tetapi tidak untuk keju ini kerana ianya cantik dan penuh dengan kemewahan. Mana tidaknya, terdapat taburan emas pada keju ini.
Keju ini dinamakan Clawson Stilton Gold yang ditaburi emas asli. Harganya pula jauh lebih mahal berbanding mana-mana keju lain iaitu £60 untuk satu hirisan. Sebagai tambahan, terdapat kerak nipis yang berharga £6 turut disediakan .
Dengan harga semahal itu, keju Stilton Gold tetap memiliki ramai penggemar. Di tawarkan dengan kemewahan dan eksklusif, pihak Long Clawson Dairy iaitu syarikat yang menghasilkan keju Stilton Gold mengatakan ramai di antara golongan kenamaan dan selebriti berpusu-pusu ingin mendapatkannya.
Keju mewah ini hanya dihasilkan secara khusus untuk perayaan hari Krismas. Ianya dibuat dari Stilton premium putih dengan kombinasi real edible gold leaf dan real gold liqueur, menjadikan ia keju terbaik di England.
Harganya 67 kali lebih mahal dari keju Stilton biasa. Clawson Stilton Gold dinyatakan sebagai keju Stilton termahal di dunia. Demi menjaga hak peribadi dan eksklusif pelanggannya, Janice Breedon, pegawai di Long Clawson Dairy, merahsiakan sesiapa saja yang telah memesan keju ini.
"Oleh kerana ia dirahsiakan, saya tidak boleh memberitahu siapa yang telah memesan Clawson Stilton Gold, tetapi boleh dikatakan mereka cukup terkenal. Anda boleh melihat dengan jelas taburan emas dalam tiap hirisan keju dan kami menaburkan ia dalam kuantiti yang banyak," kata Breedon, dipetik dari Daily Mail, 16 November 2011.
No comments:
Post a Comment