Kereta yang menggunakan kuasa elektrik ini mampu menyelam sedalam 10 meter. CEO Rinspeed, Frank Rinderknecht, pada March lalu mempamerkan prototype kereta selam pertama di dunia sQuba, yang dapat berenang dan menyelam hingga kedalaman 10 meter. Ketika dipamerkan dipameran Kereta Geneva, Rinderknecht menunjukkan demonstrasi dalam sebuah video bagaimana kereta ciptaannya mampu bergerak dalam air dan di daratan tanpa masalah.
Kereta buatan Rinspeed dari Switzeland ini dikatakan adalah yang pertama meskipun sebelumnya telah banyak kereta sepertinya cuba dicipta terdahulu.
Kenderaan air sebelumnya yang juga termasuk dari kategori amphibia car seperti CLIMBER atau ALPHA, Citroen DS yang direka pada tahun 1960, Chrysler Labarron yang dibuat pada era 70 an, masih belum memiliki kelebihan seperti apa yang ditawarkan oleh sQuba.
Kelebihan sQuba ialah ia mampu menyelam, tidak memerlukan bahan bakar, dan lebih ringan kerana kerangkanya diperbuat dari besi namun sebahagian besar komponennya diperbuat dari bahan serat karbon.
Kenderaan ini menggunakan dua tenaga Seabob jet yang berada di hadapannya. Ianya berfungsi untuk pernafasan kenderaan mengikut putaran saat melalui HS Genion (untuk membuka dan menutup fungsi keluar masuk air). Jet ini dirancang khusus dengan bahan material karbon nano.
No comments:
Post a Comment