Seorang lelaki yang sudah berusia 31 tahun dikenali sebagai Stanley cuba menjadi seorang kanak-kanak kecil. Tabiat pelik itu dilakukan adalah semata-mata mahu merasai pengalaman menjadi kanak-kanak.
Stanley Thornton bukan sahaja tidur dalam kandang bayi malah dia juga mempunyai bilik tidur sendiri yang dihiasi dengan perhiasan budak kecil. Menurut Stanley, setiap hari dia berlagak seolah-olah dia budak berusia dua tahun dan dengan melakukannya, dia merasakan ia satu perkara paling penting dalam hidupnya. Ia merupakan perasaan yang tidak pernah saya alami sepanjang saya membesar.
Dengan menjadi `budak dewasa saya dapat mengatasi segala masalah yang saya alami,katanya. Demi memenuhi kehendaknya menjadi budak, dia mempunyai crayon dan pensil untuk melukis serta kerusi kanak-kanak yang besar di mana dia akan duduk di situ ketika makan.
Stanley yang mempunyai berat badan 133 kilogram itu juga mempunyai tukang jahit sendiri yang menjahit baju tidur untuknya.Dia yang pernah muncul dalam rancangan My Crazy Obsession kini sedang mencari seorang ibu sepenuh masa.
sumber- Melayukini
sumber- Melayukini
No comments:
Post a Comment