ELDKIRCHEN, Austria - Satu pasangan di sini berkahwin
dalam keadaan bogel manakala para tetamu lain memakai pakaian, lapor sebuah
akhbar.
Pasangan itu, Melanie Schachner, 26, dan Rene Schachner
memilih untuk berbogel bagi menjadikan majlis perkahwinan mereka sebagai sesuatu
yang boleh diingati buat selama-lamanya.
Melanie berkata: "Kami tidak
malu mengenai tubuh kami dan kami mahu melakukan sesuatu yang berlainan. Ia
pastinya akan menyelamatkan kos pakaian perkahwinan kami.
"Dalam majlis
itu, seorang pendaftar perkahwinan yang memakai pakaian menyaksikan pasangan
berkenaan membaca ikrar perkahwinan.
Sumber- Agensi
No comments:
Post a Comment