Gambar ini mencerminkan satu kehidupan di wilayah Hunan di China.
Mengikut laporan media, apa yang dilihat ini bukanlah sesuatu yang ganjil di wilayah berkenaan atau di seluruh negara itu sendiri.
Sudah menjadi satu amalan yang diterima di negara China untuk salah seorang ahli keluarga yang bersekolah membawa bersama ahli keluarganya yang lain.
Pihak sekolah mahupun kerajaan negara komunis itu tidak mampu untuk menghalang perkara tersebut.
Ini kerana, ibu bapa murid seperti dalam gambar tersebut terpaksa berkerja untuk menyara keluarga. Seorang abang atau kakak yang ingin bersekolah terpaksa membawa adik mereka bersama kerana keluarga mereka tidak mampu untuk mengupah pengasuh.
Walaupun data dan statistik menunjukkan China sebagai negara ekonomi kedua terbesar dunia, namun hakikatnya rata-rata penduduknya yang berjumlah 1.3 bilion hidup dalam kemiskinan tegar.
Secara purata, bangsa cina yang tinggal di negara asing adalah lebih mewah berbanding yang tinggal di negara asal mereka.
sumber- medianetworksharing
No comments:
Post a Comment