Burung merupakan haiwan cantik yang bersayap dan kebanyakan darinya adalah mampu untuk terbang. Setiap spesis burung mempunyai corak dan warnanya tersendiri yang mampu menarik perhatian kita. Berikut merupakan 10 burung paling cantik di dunia beserta infonya.
GOLDEN (Chrysolophus pictus)
Golden Pheasent Of Asia adalah burung yang mempunyai warna bulu paling cantik di dunia. Kebanyakan spesis ini tinggal di hutan pergunungan sekitar barat China, tetapi ada juga spesis ini yang habitatnya di United Kingdom atau kawasan-kawasan lain.
Birds of Paradise (Paradisaeidae)
Birds of Paradise yang tercantik boleh dijumpai di New Guinea, dimana bulu pelepahnya panjang dan kelihatan seperti gumpalan perhiasan. Spesis ini adalah dari kategori burung tropika. Ianya dikenali kerana bulu spesis jantannya yang terserlah. Kebanyakan spesis ini tinggal di New Guinea atau pulau kejiranan yang berdekatan. Bulu pelepah spesis jantannya yang cantik sering dijadikan perhiasan bagi topi wanita.
Hyacinth Macaw (Anodorhynchus hyacinthinus)
Hyacinth Macaws tinggal di tengah dan timur Amerika Selatan. Ianya adalah spesis Macaw terbesar dan spesis kakak tua terberat yang mampu terbang selain Kakapo dari New Zealand dengan berat melebihi 3.5kg. Dari segi panjang, ianya adalah lebih besar dari mana-mana spesis burung kakak tua lain. Populariti mereka sebagai haiwan peliharaan adalah lebih besar berbanding yang tinggal di dalam hutan. Burung dalam kurungan mencecah harga sekitar $ 9,000 - $ 12,000.
Flamingo (Phoenicopteridae)
Flamingos boleh ditemui di Hemisfera Barat dan Hemisfera Timur. Flamingos kerap berdiri dengan sebelah kaki. Tidak diketahui mengapa tingkah lakunya begitu. Lidah flamingo dianggap sebagai makanan istimewa Masyarakat Rome Purba. Pelombong di Andean juga membunuh flamingos bagi mendapatkan lemak mereka yang dipercayai penawar kepada batuk kering.
Scarlet Tanager (Piranga olivacea)
Scarlet Tanager merupakan spesis American Songbird yang bersaiz sederhana. Spesis jantan berwarna merah terang dengan hitam dibahagian sayap serta ekor. Spesis betina pula warna kekuningan dibahagian bawah dan kuning langsat dibahagian atas. Ekor dan sayapnya pula kuning keperangan.
Northern Oriole (Icterus galbula)
Northern Oriole juga dikenali sebagai Baltimore Oriole si timur dan Bullock’s Oriole di barat. Ianya adalah spesis kecil dari kategori Icterid Blackbird dengan 18 cm panjang dan berat 34 g. Ia juga adalah salah satu spesis burung tempatan yang berwarna terang dan mempunyai alunan bunyi tersendiri.
Mountain Bluebird (Sialia currucoides)
Bluebird adalah bersaiz sederhana. Ianya omnivor serta spesis pemakan serangga dari golongan Genus Sialia berdasarkan keluarga Turdidae. Tarikan pada burung ini ialah bulunya berwarna biru atau biru dan merah. Spesis betina mempunyai warna yang pudar berbanding jantan.
Northern Cardinal (Cardinalis cardinalis)
Northern Cardinal juga dikenali sebagai Redbird atauVirginia nightingale. Northern Cardinal ialah burung dari kategori Songbird yang mempunyai ketinggian21-23 cm (8.3 to 9 inchi). Ia mempunyai jambulnya tersendiri dan seakan memakai topeng hitam pada yang jantan dan kelabu untuk betina.
American Goldfinch (Carduelis tristis)
American goldfinch juga dikenali sebagai Eastern Goldfinch dan Wild Canary. Burung jantan menonjolkan bulu yang terang semasa musim mengawan. Pelbagai cara digunakan untuk memikat burung betina termasuklah dengan gerakan di udara dan nyanyian.
Wood Duck (Aix sponsa)
Wood Duck atau Carolina Duckmerupakan itik bersaiz sederhana. Itik dewasa biasanya19 inchi panjang dengan kembang kepaknya 29 inchi. Itik jantan dewasa mempunyai bulu berwarna-warni dengan pelbagai corak yang tersendiri dan mata merah. Itik betina pula kurang berseri, mempunyai cincin putih pada mata dan tekak keputihan.
No comments:
Post a Comment