Leftenan Carol Calix memeriksa nyamuk menerusi mikroskop di Pusat Promosi Kesihatan dan Perubatan Pencegahan Amerika Syarikat di Maryland. |
Dallas: Negeri barat daya Amerika Syarikat bertungkus-lumus memerangi wabak virus West Nile, selepas 17 kematian dipersalahkan atas penyakit berpunca daripada nyamuk itu, kata pihak berkuasa kelmarin.
Di seluruh Texas, 465 penduduk jatuh sakit sejak awal tahun ini, sekali gus mencatat kes terbanyak sejak penyakit itu kali pertama muncul sedekad lalu, kata Jabatan Perkhidmatan Kesihatan Negeri.
Isytihar darurat
Datuk Bandar Dallas, Michael Rawlings pula mengisytiharkan darurat di bandar raya itu dalam usahanya untuk mencegah wabak berkenaan.
Daerah ini, bandar kesembilan terbesar di Amerika, paling teruk terjejas, menyebabkan datuk bandar mengisytiharkan bencana tempatan.
“Bandar Dallas mengalami penyebaran wabak West Nile berpunca daripada nyamuk yang menyebabkan jangkitan teruk dan meluas serta kehilangan nyawa secara berterusan,” katanya.
Pihak berkuasa tempatan berkata virus itu meragut 10 nyawa di daerah itu setakat ini.
Virus West Nile kali pertama ditemui di Uganda pada 1937, dibawa oleh burung sebelum disebarkan kepada manusia menerusi nyamuk.
Demam panas
Tanda teruk virus termasuk demam panas, kehilangan penglihatan dan lumpuh, sementara tanda sederhana terdiri termasuk sakit kepala sehingga ruam pada kulit.
Sekurang-kurangnya 693 kes jangkitan akibat virus itu dilaporkan di Amerika tahun ini, termasuk 26 kematian, menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC).
Texas mencatatkan kematian tertinggi penyakit itu setakat ini.
sumber- AFP
No comments:
Post a Comment