TEWAS...tiga penjenayah pecah masuk rumah mati ditembak polis. |
GEORGETOWN: Menyedari diri terkepung, sekumpulan penjenayah yang terdesak bertindak menyerang anggota polis dengan parang panjang dalam kejadian di Taman Jesselton, di sini, pagi semalam.
Bagaimanapun, tindakan mereka itu memakan diri apabila tiga lelaki terbabit maut ditembak polis dalam kejadian, kira-kira jam 3.30 pagi.
Tiga lelaki dipercayai warga Indonesia lingkungan 30-an terbabit yang juga ahli ‘Kumpulan Rimba’ disyaki cuba memecah masuk sebuah rumah sebelum disedari penduduk yang menghubungi polis.
Ketua Polis Negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, berdasarkan maklumat, ketiga-tiga suspek itu dipercayai cuba memecah masuk sebuah rumah menyebabkan sepasukan anggota polis bergegas ke tempat kejadian.
Menurutnya, polis kemudian terserempak dengan ketiga-tiga suspek yang ketika itu cuba melarikan lari, tetapi berjaya dihalang dan dikepung menyebabkan mereka gagal melepaskan diri.
sumber- HMetro
No comments:
Post a Comment