KEADAAN sebuah bas dan lori selepas kemalangan di sebuah lebuh raya di Yan'an, Beijing semalam. |
BEIJING - Seramai 36 orang terbunuh apabila sebuah bas dua tingkat melanggar belakang sebuah lori tangki di sebatang lebuh raya di utara China semalam, lapor media negara berkenaan.
Agensi berita rasmi Xinhua menyatakan, rempuhan tersebut menyebabkan kedua-dua kenderaan terbakar.
Menurut Xinhua, ketika kejadian sekitar pukul 2 pagi semalam (waktu tempatan), lori tangki tersebut sedang membawa bahan kimia metanol di sebatang lebuh raya dekat bandar Yan'an dalam wilayah Shaanxi.
Agensi berita tersebut memberitahu, seramai 39 orang berada di dalam kedua-kedua kenderaan itu semasa kejadian dengan hanya tiga orang yang terselamat.
Mangsa-mangsa yang terselamat kemudian dibawa ke sebuah hospital untuk menerima rawatan.
Keselamatan jalan raya merupakan masalah serius di China.
Menurut Xinhua, kelemahan penyelenggaraan jalan raya dan sikap pemandu yang lalai menyebabkan 70,000 kematian dan 300,000 kecederaan dilaporkan berlaku di China itu pada setiap tahun.
sumber- Agensi
No comments:
Post a Comment