BANGUNAN Rangkaian Radio runtuh dnegan menggunakan bahan letupan di Christchurch kelmarin. |
CHRISTCHURCH, New Zealand - Sebuah bangunan Rangkaian Radio setinggi 14 tingkat yang rosak kerana gempa bumi yang berlaku pada 2011 diruntuhkan di sini kelmarin.
Bangunan itu diruntuhkan dengan menggunakan 63 kilogram bahan letupan dalam tempoh hanya enam saat.
Seorang pesakit kanser berusia enam tahun, Jayden Halliwell diberi penghormatan menekan butang untuk meletupkan bangunan tersebut.
Ratusan orang menyaksikan letupan itu.
sumber - Agensi
No comments:
Post a Comment