Blue Sky Bike adalah hasil kerjasama antara Haba Richard, seorang pereka bentuk industri dengan Blue Sky Design. Ianya berkonsepkan basikal elektrik yang boleh dilipat bersesuaian dengan gaya 'Urban-City'. Diilhamkan dari pengalaman Haba Richard sendiri dengan rutin hariannya menaiki kereta api dari pinggir barat bandar ke Bandar Sydney.
Terdapat 3 objektif utama bagi rekabentuk basikal ini iaitu praktikal, kapasiti simpanan dan bergaya. Richard telah menggabungkan 3 elemen ini dalam rekaannya agar nampak keunikan dalam memberi penjenamaan baru terhadap basikal elektrik.
No comments:
Post a Comment