CHANGPOOL, India: Cili terpedas di dunia terdapat di kawasan pergunungan Barat Laut India yang dikenali sebagai “Bhut Jolokia” atau “Ghost Chilli”. Cili ini juga terdapat di Bangladesh dan Sri Lanka. Saiz cili Bhut Jolokia ialah sekitar 60 - 85mm. Ianya berwarna merah atau oren apabila matang.
Cili ini dikatakan mempunyai skala kepedasan sebanyak 855,000 – 1,075,000 mengikut skala Scoville Heat, manakala skala kepedasan cili api (Bird’s Eye Chilli) yang sudah cukup pedas kepada kita cuma 50,000-100,000 mengikut skala Scoville Heat. Ini bermakna cili Bhut Jolokia adalah 17 kali lebih pedas daripada cili padi dan 28.5 kali lebih pedas daripada sos Tabasco.
Gambar seorang petani memetik “Bhut jolokia” atau “ghost chili” di sebuah ladang di Changpool, yang terletak di Barat Laut India, dalam negeri Assam. Cili Bhut jolokia yang bersaiz sebesar ibu jari ini telah dinobatkan sebagai cili terpedas di dunia oleh Guinness World Records.
No comments:
Post a Comment