MANGSA...polis mengusung mayat Archuthan yang ditembak lelaki bermotosikal di hadapan Sekolah Menengah Darul Ehsan, Selayang Baru, semalam. |
GOMBAK: Seorang lelaki bekas tahanan Ordinan Darurat (EO) maut manakala isterinya cedera parah selepas ditembak dua lelaki dari jarak dekat ketika kedua-duanya sedang menunggu anak lelaki mereka pulang di depan Sekolah Menengah Darul Ehsan, Selayang Baru, di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu, mangsa, K Archuthan, 41, yang dikenakan tindakan buang daerah ke Perlis sebelum dibebaskan Jun lalu, maut di tempat kejadian selepas ditembak dua lelaki menunggang motosikal berkuasa tinggi.
mayat diperiksa |
Suspek melepaskan enam das tembakan dari jarak dekat ketika mangsa berada di dalam Toyota Camry berwarna perak.
Saksi kejadian yang hanya mahu dikenali sebagai Yen, 28, berkata ketika kejadian, dia berada di dalam kedai berhampiran terdengar bunyi beberapa das tembakan.
sumber- HMetro
No comments:
Post a Comment