Pages - Menu

Thursday, August 30, 2012

Misteri video Hantu Galah di Thailand

hantu galah yang sebenar

Video ini menjadi topik perbincangan hangat di rancangan televisyen Thailand. Isu yang menjadi tanda tanya dalam video tersebut ialah kemunculan hantu gergasi yang berjalan melintasi sebuah monumen di Bangkok. Masyarakat melayu percaya bahawa hantu yang besar sebegitu dipanggil hantu raya ataupun hantu galah.

Video ini dirakamkan sendiri oleh seorang gadis menggunakan telefon bimbitnya ketika bersiar-siar di Kota Bangkok dengan menaiki teksi. Dia merakamkan perjalanannya dan secara tidak sengaja terakam imej hantu galah tersebut.

Ketika teksi melepasi monumen tersebut, anda dapat melihat kemunculan kelibat hantu besar berjalan dengan tangan kanannya di monumen tersebut dan bergerak terus melintasinya. Jika video ini diperlahan atau diberhentikan, imej hantu besar tersebut dapat dilihat dengan lebih jelas.

Rancangan televisyen yang memaparkan kisah disebalik video tersebut telah menemuramah orang ramai bagi bertanyakan pendapat mereka. Klip video tersebut juga telah dihantar kepada seorang pakar video di Thailand dimana beliau merasakan mungkin terdapat gangguan pencahayaan atau penipuan pada video tersebut. Namun, setelah diuji dan diselidiki telefon bimbit tersebut beliau mengaku telefon ini tiada masalah dan video tersebut adalah tulen.

1 comment: