Pages - Menu

Monday, August 6, 2012

Kuil Sikh di Wisconsin diserang, 7 maut

Seven dead, including gunman, in shooting at Wisconsin Sikh temple
Keadaan di lokasi kejadian selepas kuil masyarakat Sikh diserang. - Foto ihsan CNN
OAK CREEK - Sekurang-kurangnya tujuh orang terbunuh termasuk seorang lelaki yang melepaskan tembakan dan anggota polis dalam satu kejadian di kuil masyarakat Sikh di Milwaukee, pinggir bandar Oak Creek, Wisconsin, semalam.

Empat orang terbunuh dalam gurdwara dalam kejadian itu, yang dilaporkan berlaku sebelah pagi semalam waktu tempatan (10 malam waktu Malaysia). Tiga lagi dilaporkan kritikal.

Pihak berkuasa menyifatkan serangan itu sebagai satu bentuk tindakan ala keganasan 'setempat'.

Perkembangan ini sememangnya mengejutkan banyak pihak selepas AS masih belum pulih daripada kejutan serangan seorang lelaki ke arah sekumpulan penonton filem Batman bulan lalu.

Laporan media dari Wisconsin menyebut bahawa penyerang terbabit kemudian menyerbu seorang anggota polis di lokasi kejadian, melepaskan tembakan beberapa kali sebelum dia ditembak oleh seorang lagi anggota polis.

"Maklumat yang ada sekarang menunjukkan serangan dilakukan oleh seorang," kata Ketua Polis Oak Creek, John Edwards.

Oak Creek merupakan sebuah bandar yang terdiri daripada 30,000 orang.

Officials gather near the Sikh Temple in Oak Creek in Wisconsin August 5, 2012 following a mass shooting inside and outside the Sikh Temple. REUTERS-Allen Fredrickson
gambar ihsan Reuters
Edwards dipetik CNN berkata, kes itu, yang kali pertama disaksikan oleh kuil berkenaan, akan disiasat oleh Biro Siasatan Persekutuan (FBI).

Anggota keluarga mangsa yang berkumpul di kawasan gurdwara memberitahu stesen WTMJ bahawa mangsa-mangsa yang terselamat dibawa ke pusat boling untuk diambil keterangan.

Amardeep Kaleka berkata, bapanya Satwant Kaleka, presiden kuil, cedera ketika cuba menghalang penyerang daripada melepaskan tembakan.

7 dead, including gunman, in Wis. shooting at Sikh temple
gambar ihsan USA today
Ibunya juga berada di lokasi kejadian ketika serangan dan mengalami tekanan susulan insiden tersebut.

Seorang lagi pemimpin kuil, Darshan Dhaliwal tidak pasti berapa ramai cedera dalam insiden tersebut.

"Kami sedang cuba untuk mengetahui apa yang sebenarnya berlaku," katanya.

Seorang lagi memberitahu stesen itu bahawa "tiada siapa yang marah di sini."

"Kami hanya keliru. Adakah ini tindakan rambang? Adakah (tindakan ini) dituju ke arah kami disebabkan rupa kami?" katanya lagi.

AS mempunyai 700,000 masyarakat Sikh pada masa sekarang.

sumber- Sinar

No comments:

Post a Comment