Antara penagih dadah yang berjaya ditahan. |
MERBAU PULAS - Polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim diketuai Inspektor Mohd Amin Mat Yassin, menahan lebih 10 lelaki di sekitar kawasan ladang kelapa sawit di Bikan, di sini kerana terlibat dalam penagih dadah.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, operasi bermula kira-kira jam 12 tengah hari dan berakhir jam 3 petang.
Menurutnya, selain ladang kelapa sawit, penagih dadah turut menjadikan rumah tinggal serta pondok bua-tan sendiri sebagai tempat menghisap dadah.
Polis merampas sembilan motosikal digunakan oleh suspek sepanjang operasi dijalankan.
“Polis membuat serbuan ini setelah membuat pemantauan di kawasan itu seminggu lalu. Serbuan akan diteruskan untuk memastikan permasalahan ketagihan dadah sebegini dapat dibanteras.
Anggota polis mengangkat motosikal yang ditinggalkan penagih dadah ketika melarikan diri. |
"Daripada tangkapan dibuat, didapati kesemua mereka terlibat berusia antara 20 hingga 50 tahun. Lebih mengecewakan ada kalangan penagih membawa anak mereka yang masih kecil masuk ke tempat menghisap dadah untuk mengaburi pandangan polis,” katanya.
Dalam pada itu, tinjauan mendapati ada kalangan penagih bermotosikal yang cuba merempuh anggota polis semata-mata untuk melarikan diri daripada ditahan.
Kesemua suspek yang ditahan dibawa ke IPD Kulim untuk menjalani ujian saringan air kencing dan kesemua mereka didapati positif dadah.
Difahamkan suspek akan ditahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagihan Dadah 1983.
Ghuzlan berkata, kerjasama orang ramai memberikan maklumat tentang perlakuan penagihan dadah di kawasan mereka sangat digalakkan.
Menurutnya, dengan cara itu jumlah penagihan dadah dapat dikurangkan.
"Operasi pencegahan akan diteruskan dari masa ke semasa dan polis turut memantau pergerakan pengedar dadah yang aktif di kawasan ini sebelum membuat serbuan," katanya.
sumber- Sinar
No comments:
Post a Comment