Hanako-san - Seorang gadis muda yang menyeramkan telah menghantui tandas sekolah di seluruh Jepun dalam beberapa dekad kebelakangan ini menjadi salah satu hantu yang paling terkenal di Jepun.
Ia bukanlah sesuatu yang pelik untuk sekolah mempunyai tandas yang dihuni oleh gadis misteri ini, yang dikenali di Jepun sebagai Hanako-san (Hanako tandas). Dia biasanya ditemui di dalam tandas di tingkat tiga- terutama tandas perempuan. Dia datang dalam keadaan fizikal yang berbeza-beza, tetapi kebanyakkan saksi melihat hantu ini muncul sebagai seorang gadis yang memakai skirt merah dan menpunyai potongan rambut yang pendek.
Tingkah laku Hanako-san juga berbeza-beza mengikut lokasi, tetapi dalam kebanyakan kes, dia tinggal di dalam tandas sehingga ada pelajar yang berani mencabarnya. Biasanya dengan mengetuk pintu sebanyak 3 kali sambil menyeru namanya dan bertanyakan soalan tertentu. Soalan yang paling biasa ialah "Adakah kamu di sana, Hanako-san?" Jika Hanako-san benar-benar wujud, dia akan menjawab dengan nada yang perlahan "Ya, saya di sini." Ada berita yang mendakwa, sesiapa yang berani membuka pintu ketika Hanako-san di dalamnya akan ditarik masuk ke dalam tandas.
Cerita mengenai Hanako-san ini terdapat dalam pelbagai versi. Walaupun ia menjadi satu fenomena di jepun pada tahun 1980-an, terdapat spekulasi bahawa Hanako-san telah wujud sejak tahun 1950-an. Ada cerita yang mendakwa dia adalah hantu era Perang Dunia ke-2 yang meninggal dunia dalam serbuan pengeboman di sekolah ketika dia bermain sorok-sorok. Cerita-cerita lain mendakwa bahawa dia mati ditangan orang tuanya yang gila dan mayatnya disorokkan didalam tandas bertahun-tahun. Dalam sesetengah versi, dia adalah hantu bekas pelajar yang meninggal dunia dalam kemalangan di sekolah (satu cerita dari wilayah Fukushima, mendakwa dia adalah hantu seorang gadis yang jatuh dari tingkap perpustakaan).
Tidak terkira banyaknya versi legenda Hanako-san telah muncul dari masa ke semasa. Berikut adalah beberapa variasi mengenai hantu ini:
Menurut salah satu legenda dari wilayah Yamagata, sesuatu yang dahsyat akan terjadi jika Hanako-san bercakap dengan suara yang jahat. Satu lagi legenda dari wilayah yang sama mendakwa bahawa Hanako-san sebenarnya 3 meter panjang dan mempunyai 3 kepala cicak yang menggunakan suara seorang gadis kecil untuk mengumpan mangsanya.
Di sebuah sekolah di bandar Kurosawajiri (wilayah Iwate), Hanako-san dikatakan mempunyai tangan yang besar dan berpakaian putih muncul dari lubang tandas di tandas yang ke tiga .
Tandas lelaki disebuah sekolah di Yokohama (wilayah Kanagawa), didakwa bahawa tangan berdarah akan muncul jika berjalan di sekitar kawasan tersebut sambil menyeru nama Hanako-san sebanyak tiga kali.
No comments:
Post a Comment