Jepun sememangnya dikenali sebagai salah sebuah negara paling sibuk di dunia dan bukan mudah untuk membina lebuhraya di sana. Tambahan pula, bandar-bandar di Jepun kebanyakan bangunannya terlalu rapat sehingga tiada ruang langsung untuk pembinaan jalan baru. Oleh itu, insentif baru telah diambil dan mereka memikirkan langkah yang sesuai untuk mengatasi masalah kesesakan lalu lintas. Hasilnya, sebuah lebuhraya yang menakjubkan menembusi bangunan pencakar langit telah dibina. Lebuhraya tersebut dinamakan Hanshin Expressway dan bangunan yang ditembusinya bernama Gate Tower Building terletak di Osaka, Jepun. Dengan pembinaan lebuhraya tersebut, ramai juga yang masih sangsi tentang keselamatan bangunan tersebut.
No comments:
Post a Comment