Motosikal Harley Davidson milik Yokoyama tersadai di sebuah pulau - AP |
Sebuah motosikal Harley Davidson yang hilang tatkala tsunami melanda Jepun tahun lalu, ditemui 6,400 km jauhnya di sebuah pulau di Kanada.
Pemilik motosikal tersebut, Yokoyama dijejaki menerusi nombor plat yang tertera pada motosikal tersebut.
Yokoyama gembira motosikalnya ditemui semula |
Tiga anggota keluarganya mati dalam bencana itu yang melanda Mac 2011 dan dia kini tinggal di penempatan sementara di Miyagi.
Motosikal tersebut dikatakan antara barangan pertama disedari hilang selepas tsunami melanda Tokyo tahun lalu.
Warga Kanada, Peter Mark yang menemui motosikal itu memberitahu Fuji TV, dia tidak percaya barangan seperti itu akan menyeberang Lautan Pasifik.
Menurut laporan, dia menemuinya pada 18 April di Pulau Graham, di luar pantai British Columbia.
Apabila melihat nombor plat Jepun itu, dia terbayang kemungkinan motosikal itu hanyut dari Jepun akibat tsunami dan menghubungi stesen televisyen tempatan.
Fuji TV melaporkan, motosikal itu akan dihantar semula ke Jepun dan kedai yang menjualnya kepada Yokoyama akan membantu menguruskannya.
sumber- AP
No comments:
Post a Comment