Pernahkah anda melihat mutiara berusia ribuan tahun? Mutiara tertua di dunia ini telah ditemui di Arab Saudi baru-baru ini.
Mutiara tersebut dijumpai oleh para penyelidik di tanah perkuburan Umm Alquwain, Arab Saudi yang telah tertanam sekitar tahun 5547 hingga 5235 SM.
Menurut laporan, mutiara yang dijumpai itu bukanlah dari laut sebaliknya dari tanah perkuburan itu sendiri.
Ini kerana, masyarakat zaman dahulu meletakkan mutiara pada muka atau bibir jenazah sebelum dikebumikan.
Kajian tersebut dilakukan oleh beberapa orang saintis dari Perancis.
Menerusi penemuan itu, penyelidik percaya penangkapan tiram mutiara terawal adalah bermula dari negara Teluk Arab.
Sebelum ini, terdapat kajian yang menunjukkan Jepun adalah negara pertama memulakan penangkapan tiram mutiara.
Namun, tidak dapat dinafikan mutiara merupakan antara hasil dagangan terpenting dalam kemajuan negara-negara Arab.
Malah, hingga ke hari ini Arab Saudi masih menjadi salah sebuah negara pusat tumpuan mutiara.
Menurut laporan Discovery News, mutiara tertua yang dianggarkan berumur melebihi 7,500 tahun itu memiliki diameter 0.07 inci dan masih lagi berada dalam keadaan yang baik.
No comments:
Post a Comment