Dengan 58 huruf, kampung di United Kingdom menjadi satu-satunya kampung yang mempunyai nama terpanjang di dunia. Kampung ini dinamakan Llanfairpwllgwyngyllgogerychwyrndrobwllllantysiliogogogoch, dan sebelumya bernama Llanfair Pwllgwyngyll.
Seperti dilaporkan dari BBC, Sabtu (24/3/2012), Kampung ini terletak di Pulau Anglesey, Wales Utara. Kampung ini sengaja diubah namanya pada tahun 1860-an sebagai tarikan untuk pelancong asing. Idea ini ternyata berjaya kerana setelah diubah nama, ramai pelancong berpusu-pusu datang ke sini.
Selain namanya yang unik, disini juga terdapatnya stesen Victorian yang mempamerkan keretapi lama berkuasa wap serta kedai cenderamata atau kraftangan daripada penduduk tempatan. Lebih menarik, di sini juga terletaknya gereja St. Tysilio peninggalan abad ke-15.
Nama kampung ini turut menjadi popular selepas Putera William dan Kate Middleton membina rumah pertama mereka di sini. Putera William ditempatkan oleh tentera kebangsaan Britain di pulau ini, dan pusat latihan ketenteraan terletak 27 kilometer tidak jauh dari kampung ini.
No comments:
Post a Comment