"Pada masa tersebut, saya sedang memetik jambu batu. Secara tidak sengaja saya terpandang suatu cahaya lalu menyangkakan ianya kelip-kelip. Saya mencapai cahaya tersebut kemudiannya saya dapat rasa ia meronta-ronta hendak melepaskan diri. Apabila dipandang, saya terkejut kerana ianya bukanlah kelip-kelip tetapi sebenarnya seekor pari-pari," kata Jose ketika di temuramah.
Jose mengenakan bayaran untuk sesiapa yang mahu melihat makhluk misteri tersebut dari dekat. Ianya dikurung di dalam balang yang disediakan khas. Lebih dari 3,000 pengunjung dari serata tempat telah datang untuk melihat sendiri makhluk yang digelar pari-pari tersebut. Lokasi rumah Jose terletak Lomas Verdes, salah satu kawasan termiskin di daerah Gualajara dan kawasan kejiranannya turut berbahaya.
Dengan situasi sebegitu, jiran-jirannya turut mengambil kesempatan untuk mencari pendapatan tambahan dengan menjual gambar dan keychain yang mempunyai imej pari-pari pada harga kira-kira 20 pesos (U$D 1.60). Selain itu, makanan dan minuman juga turut laris dijual ketika pengunjung berbaris di luar rumah Jose.
No comments:
Post a Comment