Di Malaysia, tikus dianggap sebagai haiwan perosak dan menjijikkan. Tikus juga dikatakan mampu membawa penyakit berjangkit yang boleh mendatangkan kematian.
Berlainan pula di sebuah perkampungan di Mozambique, Afrika. Penduduk tempatan Madamba menjadikan tikus sebagai sumber rezeki utama. Mereka menjual tikus-tikus tersebut di tepi jalan. Ianya tidak dijual hidup-hidup tetapi dijadikan sajian makanan dalam bentuk sate.
Secucuk sate yang berisi 6 hingga 7 ekor tikus dijual pada harga 30sen. Sajian ini agak laris di kawasan setempat. Secara purata, penangkap tikus biasanya memperolehi upah sekitar 3 dolar sehari. Walaupun keuntungan tidak seberapa, namun ianya tetap dianggap lumayan kerana sukar bagi mendapatkan pekerjaan lain dalam negara yang miskin ini. Selain sate, daging tikus juga turut dimasak dalam bentuk sajian lain.
No comments:
Post a Comment