Doktor menemui thermometer yang telah berada di dalam badan wanita selama 44 tahun! Semasa Liu (bukan nama sebenar) melakukan pemeriksaan di hospital, doktor menemui sesuatu bendasing yang panjangnya lebih kurang 2 inchi dalam paru-paru kiri Liu.
"Dia memberitahu bahawa dia pernah demam ketika berumur 12 tahun. Ahli keluarganya meletakkan thermometer ke mulutnya untuk pemeriksaan suhu, tetapi dia menelan thermometer tersebut," kata Yang Qihong, jiran kepada Liu.
Malangnya, pada masa itu objek tersebut tidak dapat dibuang kerana Liu dan keluarnya tidak mampu menanggung kos rawatan.
Walaupun thermometer tersebut telah berada selama 44 tahun di dalam paru-paru Liu, dia langsung tidak berasa sakit atau tidak selesa. Doktor bimbang jika ianya pecah, merkuri yang terdapat dalam thermometer tersebut boleh mendatangkan risiko yang serius. Doktor masih belum menjelaskan bagaimana caranya untuk mengeluarkan thermometer tersebut.
No comments:
Post a Comment