TEONG LOOK (depan) melihat longgokan sampah pada perangkap sampah di Sungai Kerongkong, Gombak semalam. |
KUALA LUMPUR - Seramai 300 keluarga di Kampung Lee Kong Chian, Batu 5, Jalan Gombak dekat sini hidup dalam kebimbangan apabila perangkap sampah yang dipasang di Sungai Kerongkong yang mengalir melalui kampung itu tidak diurus dengan baik.
Ketua Kampung itu, Ng Chui Chong mendakwa, pemasangan perangkap sampah itu oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) baru-baru ini telah mengundang masalah takungan sampah sarap yang teruk di kampung itu.
"Pemasangan perangkap sampah ini telah menyebabkan air sungai yang mengalir dengan lancar sebelum ini menjadi semakin perlahan.
"Bukan itu sahaja, kami dapati longgokan sampah seperti botol plastik, tin kosong, dahan-dahan kayu serta sisa pepejal yang lain terperangkap untuk tempoh yang lama," katanya pada sidang akhbar berhubung aduan masalah perangkap sampah kepada Pengerusi MCA Wangsa Maju, Datuk Yew Teong Look di kampung itu semalam.
sumber- Kosmo
No comments:
Post a Comment