GAMBAR fail menunjukkan rumah Jobs di Palo Alto, California. Gambar kecil: McFarlin |
PALO ALTO, California - Beberapa buah komputer dan barang peribadi bernilai lebih AS$60,000 (RM187,590) dilarikan seorang perompak, Kariem McFarlin daripada rumah milik pengasas bersama syarikat Apple Inc., mendiang Steve Jobs, di sini yang terletak di utara California.
"Saya tidak pernah mendapat panggilan sebanyak ini daripada orang ramai," kata Timbalan Peguam Daerah Santa Clara, Scott Tsui tentang kejadian rompakan yang berlaku pada 17 Julai lalu itu.
"Selain daripada fakta ia melibatkan Jobs, ia merupakan satu kes rompakan biasa," tambahnya.
McFarlin, 35, telah ditangkap pada 2 Ogos lalu dan telah didakwa kerana melakukan pecah rumah dan menjual barang curi.
Dia dipenjara sehingga kesnya didengar pada 20 Ogos depan,
Namun, ikat jaminnya ialah AS$500,000 (RM1.56 juta).
Pihak berkuasa percaya McFarlin tidak menyedari bahawa beliau telah memecah masuk rumah Jobs.
Rumah tujuh bilik kepunyaan Jobs itu menjadi sasaran kerana ia sedang diubah suai dan dilihat kurang kawalan keselamatan, kata pihak berkuasa.
Pihak berkuasa percaya rumah tersebut tidak berpenghuni ketika rompakan tersebut berlaku.
Jobs, meninggal dunia pada Oktober lalu ketika berusia 56 tahun.
sumber- AFP
No comments:
Post a Comment