PESAWAT kedua Airbus A38O milik Malaysia Airlines (MAS) tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang, Selangor semalam. |
KUALA LUMPUR - Pesawat kedua Airbus A380 Malaysia Airlines (MAS) tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Toulouse, Perancis pada pukul 3.32 petang semalam.
Ia sekali gus membolehkan syarikat penerbangan nasional itu menawarkan perkhidmatan penerbangan A380 antara Kuala Lumpur dan London setiap hari bermula hari ini.
"Pesawat pertama kami daripada enam pesawat A380 telah beroperasi di laluan ini tiga kali seminggu sejak 1 Julai lalu.
"Dengan ketibaan pesawat kedua ini, kami akan menawarkan penerbangan harian A380 bagi laluan Kuala Lumpur-London," kata Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya.
sumber- Kosmo
No comments:
Post a Comment