BEBERAPA pelancong Amerika Syarikat berkunjung ke rumah pokok dekat bandar Banos pada Selasa lalu. |
QUITO, Ecuador - Seorang warga emas, Carlos Sanchez membantu sekumpulan ahli volkanologi dengan memantau perkembangan gunung berapi Tungurahua dari sebuah rumah di atas pokok dekat bandar Banos.
Sanchez yang berusia 70 tahun menggelarkan dirinya pemantau gunung berapi.
Rumah pokok tersebut terletak sejauh 1.2 kilometer dari gunung tersebut.
Gunung tersebut aktif sejak Oktober 1999.
Rumah tersebut juga dikunjungi para pelancong dari Amerika Syarikat.
Pada Isnin dan Selasa lalu, gunung itu menghamburkan lahar menyebabkan pihak berkuasa meminta penduduk di sekitarnya berpindah.
sumber- Agensi
No comments:
Post a Comment