Majalah Globe Asia di Indonesia telah menyenaraikan sepuluh artis Indonesia terkaya. Ia dipertimbangkan selepas mengira semua hasil selebriti tersebut dari sudut keuntungan perniagaan dan bayaran yang diterima oleh artis tersebut melalui bidangnya – tidak termasuk kekayaan pasangan atau harta keluarga. Anda pasti sangka artis seperti Ahmad Dhani atau Kris Dayanti akan memasuki carta, bukan? Salah. Malah ada antara artis yang tersenarai di sini sudah lama tidak kelihatan di kaca televisyen!
1. ANJASMARA
Anjasmara menduduki tempat pertama sebagai artis paling kaya di Indonesia dengan nilai kekayaan mencapai Rp.20 milyar (lebih kurang AS$2,109,704). Suami aktres Dian Nitami ini mengumpul kekayaan melalui kerjaya peragaannya selain menjadi pemain sinetron rebutan ramai pada akhir 90-an. Aktor berusia 36 tahun ini juga sering menjadi pengacara dalam pelbagai acara.
2. TUKUL ARWANA
Siapa sangka seorang pelawak boleh menjadi artis kedua terkaya di Indonesia. Namun begitu, Tukul Arwana yang popular melalui rancangan "Bukan 4 Mata" di siaran Trans 7 ini memiliki kekayaan yang dianggarkan bernilai Rp.15 milyar (AS$1,582,278). Tidak seperti artis yang lain yang rajin berbelanja, Tukul mengawal semua keuntungan yang didapatinya sehingga berjaya mendapat tempat kedua dalam carta artis terkaya Indonesia.
3. BUNGA CITRA LESTARI
Isteri kepada pelakon Malaysia Ashraf Sinclair ini memiliki kekayaan mencapai Rp.12.7 milyar (AS$1,339,662) melalui penjualan album dan nada dering, selain daripada filem-filem lakonannya.
4. TITI KAMAL
Bermula sebagai pelakon pembantu dalam "Ada Apa Dengan Cinta", Titi Kamal mula mendapat perhatian pengarah filem dan sinetron untuk menjadi watak utama mereka. Kebolehannya dalam bidang nyanyian juga membolehkan bintang dengan nama asal Kurniaty Kamalia ini menghasilkan dua buah album, termasuk runut bunyi bagi filem "Mendadak Dangdut". Isteri pelakon Christian Sugiono ini juga telah menceburkan diri dalam bidang perniagaan dengan beberapa cawangan restoran dan butik di Jakarta. Jumlah kekayaan Titi setakat ini mencapai Rp.10 milyar (AS$1,054,852).
5. LUNA MAYA
Sekalipun dengan kontroversi pita seks bersama Ariel Peterpan yang melanda dirinya, Luna Maya tetap berjaya memasuki carta di tempat kelima dengan jumlah kekayaan mencapai Rp.6 milyar (AS$632,911). Bekas duta Lux ini telah membintangi beberapa buah sinetron dan filem, namun keuntungan sebenarnya datang daripada bidang peragaan.
6. TORA SUDIRO
Pelakon dan pelawak Tora Sudiro memiliki kekayaan sehingga Rp.3.66 milyar (AS$386,076) dengan kerjayanya sebagai pelakon dan pelawak. Bintang "Arisan!" ini seringkali melakonkan watak utama dalam filem dan menjadi antara bintang utama komedi "Extravaganza" di Trans Tv.
7. DIAN SASTRO WARDOYO
Nama yang tidak asing lagi, bintang "Ada Apa Dengan Cinta" bernama Dian Sastro Wardoyo ini mengumpul kekayaannya melalui bidang peragaan, filem dan pengacaraan. Malah Dian dikenali sebagai bintang iklan paling berjaya di Indonesia dengan menjadi jurucakap lapan buah jenama termasuk Lux, L’Oreal dan Panasonic. Pada tahun 2012, Dian dianggarkan memiliki kekayaan sejumlah Rp.3.24 milyar (AS$341,772).
8. NICHOLAS SAPUTRA
Jika tadi heroinnya berada di tempat ketujuh, tempat kelapan pula diduduki oleh hero filem "Ada Apa dengan Cinta". Nicholas Saputra memiliki harta bernilai Rp.2.5 milyar (AS$263,713) melalui filem lakonannya, bidang peragaan dan juga kerjayanya sebagai pengacara di Channel V.
9. EVAN SANDERS
Bekas pengacara MTV Indonesia ini seringkali membintangi filem, FTV dan iklan, malah menjadi hos beberapa rancangan televisyen. Evan juga pernah berduet dengan penyanyi Melly Goeslow dan menghasilkan beberapa buah album. Kekayaan Evan Sander dianggarkan sebanyak Rp.2.25 milyar (AS$237,342).
10. JULIE ESTELLE
Adik kepada bekas pengacara MTV Catty Sharon keturunan Indonesia-Cina-Perancis-Amerika ini memiliki kekayaan yang dianggarkan mencapai Rp.1.65 milyar (AS$174,051) melalui filem dan iklan. Dikatakan Julie berjaya kerana menjadi antara artis Indonesia yang berjaya pada usia remaja.
sumber- Tupai
sumber- Tupai
No comments:
Post a Comment