Natalia Partyka adalah salah seorang peserta yang mengambil bahagian dalam kejohanan pingpong sukan Olimpik 2012 di London baru-baru ini dan beliau telah mewakili negara Polish. Menariknya, beliau dilahirkan tanpa tangan dan lengan kanan tetapi mengambil bahagian untuk perlawanan pingpong atlet yang cukup fizikal. Beliau dilahirkan pada 27 Julai 1989. Sebelum ini, beliau dikatakan telah menjuarai banyak pingat emas untuk kejohanan sukan Paralimpik. Kesungguhan Natalia meletakkan beliau di tempat ke-32 terakhir untuk perlawanan pingpong secara individu di Olimpik London.
No comments:
Post a Comment