SEDIH...ahli keluarga mangsa kelihatan sebak selepas menerima berita kematian Sabturiah. |
MATI...anggota polis membawa mayat Sabturiah yang dipercayai dibunuh dan dirogol dalam kejadian samun. |
KAJANG: Seorang gadis bukan saja dibunuh, malah mayatnya dipercayai turut dirogol penyerangnya dalam kejadian bermotifkan samun di rumah mangsa di Taman Taming Jaya Dua, di sini, malam kelmarin.
Mayat Sabturiah Faisal, 19, ditemui terbaring di dalam bilik tidur oleh kakaknya ketika mahu mengejutkan gadis berkenaan untuk berbuka puasa pada jam 7.30 malam.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, pihaknya menerima panggilan seorang lelaki pada jam 7.47 malam memaklumkan mengenai kejadian itu.
Katanya, siasatan mendapati mangsa dipercayai dibunuh menggunakan objek tumpul serta jerutan. Beberapa kesan lebam ditemui di tangan kanan dan perut serta kesan jerutan di leher.
“Siasatan awal juga mendapati mayat mangsa dipercayai dirogol penyerang yang dikenali mangsa berdasarkan tiada kesan pecah masuk ditemui di rumah flat berkenaan.
suumber- HMetro
No comments:
Post a Comment