BEBERAPA anggota skuad pemusnah bom memeriksa kawah yang terbentuk akibat letupan bom di tepi jalan yang dilakukan oleh kumpulan gerila pemisah di Narathiwat semalam. |
BANGKOK - Tiga anggota keselamatan tentera Thailand maut dan dua lagi cedera semalam dalam serangan yang dilakukan gerila pemisah di selatan negara ini.
Menurut seorang pegawai Pusat Arahan Operasi Keselamatan, Kolonel Chatuporn Klumsud, seorang askar dan penduduk kampung menaiki sebuah trak pikap semasa mereka diserang hendap kira-kira pukul 10 pagi oleh sekumpulan gerila pemisah di daerah Rangae, wilayah Narathiwat, 825 kilometer ke selatan Bangkok.
Dalam kejadian itu, askar-askar tersebut mati manakala penduduk kampung itu cedera.
Menurut Klumsud, dua lagi anggota separa tentera mati ditembak dalam dua kejadian yang berasingan yang berlaku di Narathiwat dan Pattani
Agensi perisikan negara ini meramalkan peningkatan keganasan selepas bulan Ramadan berakhir.
Kira-kira 5,300 orang terbunuh dalam kejadian serangan bom, tembakan dan kebakaran sejak kumpulan gerila pemisah melancarkan serangan pada tahun 2004.
Para gerila itu mendakwa perjuangan mereka adalah untuk memisahkan tiga wilayah yang mempunyai majoriti penduduk Islam iaitu Narathiwat, Pattani dan Yala daripada Thailand.
sumber- dpa
No comments:
Post a Comment