Pages - Menu

Sunday, August 26, 2012

Tom Cruise malu besar

Tom Cruise malu besar
Tom Cruise
LOS ANGELES 24 Ogos - Pelakon terkenal Tom Cruise, malu besar apabila restoran Veer Dhara di St Albans Hertfordshire di timur England tidak menerima kad kredit mahupun mata wang dolar ketika dia menjamu selera di restoran itu baru-baru ini.

Pelakon jutawan yang berusia 50 tahun menjamu selera di restoran tersebut bersama anak perempuannya Isabella, 19, dan juga rakan-rakannya.

Pengurus restoran itu Darshit Hora, memberitahu akhbar Evening Standard, pihaknya terkejut ketika bintang tersohor itu masuk ke restorannya.

Katanya, sebelum ini dia pernah mengesyorkan kepada bintang tersebut untuk datang ke restoran tersebut.

“Selesai menjamu selera, dia mahu membuat bayaran, tetapi pihak kami tidak menerima kad kredit American Express dan dia memberitahu hanya memiliki mata wang dolar sebelum seorang wanita datang membayar 50 pound (RM245)

Walaupun bintang tersohor itu memberikan wang saguhati, tetapi pemilik restoran sangat gembira dengan kehadiran tetamu istimewa tersebut dan bersedia memberi makanan dengan percuma.

Tambah Hora, bintang itu sangat pemurah dan memberikan wang sagu hati sebanyak 80 pound (RM393) selepas membayar bil keseluruhan sebanyak 220.85 pound (RM1,082). Pemilik restoran berkata, pengawal peribadi yang menempah restoran itu memberitahu seseorang yang istimewa akan datang ke restoran tetapi tidak menjelaskan siapa.

“Apabila dia melangkah ke restoran, kami sangat terkejut tetapi bertindak profesional,’’ katanya lagi.

Tambahnya lagi, bintang filem Mission: Impossible itu mahu makanan yang sedap untuk keluarganya dan mereka diletakkan berdekatan dengan dapur. 

sumber- Agensi

No comments:

Post a Comment