Pages - Menu

Friday, August 24, 2012

Tragedi memukat ikan

Tragedi memukat ikan
Muhammad Zaman (tengah) mengusung mayat abangnya naik ke tebing selepas ditemui petang semalam.
KAMPUNG TOK RAJA (BESUT)- “Saya amat sedih dengan kejadian menimpa abang saya yang lemas dan gagal menyelamatnya,” kata Muhammad Zaman Shafie, 20, menceritakan detik cemas melihat abangnya, Sharimi Shafie, 29, tenggelam ketika mereka memukat ikan di Sungai Besut dekat Kampung Tok Raja, Jertih.

Menurutnya, kejadian berlaku jam 12.45 tengah hari kelmarin ketika dia bersama mangsa, seorang mekanik dan beberapa ahli keluarga lain  pergi ke sungai itu untuk memukat ikan.

Katanya, setiba di tempat kejadian, abangnya bersama dua sepupunya, Mohd Zikry Yaacob, 15, dan Mohd Faizal Ismail, 28, telah berenang untuk menyeberangi sungai tersebut kerana ingin memukat ikan.

Tragedi memukat ikan
Sharimi Shafie
“Bagaimanapun setibanya di tengah sungai, abang saya dan Mohd Zikry telah lemas. Bagaimanapun Mohd Zikry berjaya diselamatkan Mohd Faizal tetapi abang saya terkapai-kapai sebelum tenggelam,” katanya.

Muhammad Zaman berkata, ketika kejadian dia berada di dalam perahu di tebing sungai dan sebaik melihat kejadian itu, dia berusaha pergi membantu abangnya.

Namun disebabkan perahu yang dinaikinya tidak mempunyai pendayung, dia terpaksa mengerah tenaga menggunakan tangan untuk mendayung, menyebabkan pergerakan perahu amat perlahan sedangkan abangnya berada kira-kira 30 meter daripadanya.

“Sebaik menghampiri tempat abang saya tenggelam, saya dapati badannya timbul seketika di atas permukaan air dan saya berusaha mendapatkannya namun gagal, sebelum abang tenggelam semula dan tidak ditemui lagi,” katanya. Mangsa berasal dari Kampung Baloh dekat Alor Lintah di sini.

Muhammad Zaman berkata, laporan polis terus dibuat sejurus kemudian dan operasi mencari dilakukan.

Dia mengakui amat sedih dengan kejadian itu kerana sebelum kejadian, abangnya yang mempunyai tiga anak tidak menunjukkan sebarang perubahan pelik, selain beria-ia untuk ke tempat kejadian.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan pada jam 1.25 petang mengenai kejadian itu.

Menurutnya, sepasukan pasukan penyelamat terdiri daripada pasukan polis, bomba dan penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) dibantu penduduk kampung telah melakukan gerakan mencari dan menyelamat mangsa.

“Mayat mangsa akhirnya ditemui di dasar sungai kira-kira 15 meter dari tempat dia dipercayai lemas pada jam 6.05 petang.

"Mayat dibawa ke Hospital Besut dan hasil bedah siasat, doktor mengesahkan mangsa mati akibat lemas,” katanya.

sumber- Sinar

No comments:

Post a Comment