Rendahnya angka kelahiran di Jepun mendorong sekumpulan mahasiswa menciptakan sebuah robot bayi. ‘Bayi’ ini boleh memberi tindak balas terhadap sentuhan, mampu menangis, ketawa malah bersin sekalipun.
Robot bayi yang bernama Yotara ini dihasilkan oleh mahasiswa-mahasiswa di University of Tsukuba. ‘Kulit’ Yotara dapat memeberi tindak balas terhadap sentuhan manusia. Ekspresi wajah dan gerakan tubuhnya berubah-ubah bergantung kepada jenis sentuhan yang diterima.
Seperti bayi manusia yang asli, Yotara juga akan tersenyum apabila perutnya diusap-usap dan bangun jika ‘digoda’ dengan mainan yang digoncang-goncang sepertimana yang kita sering lakukan terhadap bayi.
Seperti diberitakan dari Tmcnet, Yotara yang sememangnya unik akan menangis ketika dirinya ‘lapar’ malah akan bersin dan meleleh hingusan dari hidungnya. Ini disebabkan sistem air yang dipanaskan.
Penciptaan Yotara bertujuan untuk mendorong kaum muda di Negeri Matahari Terbit itu agar mahu berkeluarga dan meningkatkan angka kelahiran disana. Kerana populasi di Negeri Sakura itu terus mengalami penurunan dari tahun ke tahun.
Di antara negara-negara maju, Jepun termasuk antara negara yang memiliki angka kelahiran yang terkecil iaitu sekitar 1.37 peratus sementara Amerika Syarikat 2.12 peratus dan United Kingdom sebanyak 1.84 peratus.
No comments:
Post a Comment