Tiga ahli bomba berjaya masuk ke dalam bangunan. |
KULIM - Gempar... Apabila seorang lelaki berusia 20-an mengamuk menggunakan parang dengan memecahkan cermin kaca tingkat dua di bangunan rumah kedai di kawasan Perniagaan Semarak kira-kira jam 11 pagi semalam.
Suspek difahamkan mengalami tekanan perasaan apabila ketagihan dadah yang melampau.
Keadaan tegang ini menimbulkan suasana panik kepada masyarakat yang kebetulan berada di kawasan berdekatan.
Suspek dikatakan menjerit-jerit pada mulanya sebelum mengamuk dengan memecahkan cermin pada tingkat dua bangunan itu.
Menyedari perbuatannya itu diketahui orang dan berasa terancam, dia bagaimanapun melarikan diri dengan naik tingkat tiga bangunan sama.
Pengerusi Pertubuhan Prihatin Kebaktian Masyarakat Kulim (PPKM), Khor Eng Khim berkata, pihaknya mendapat maklumat awal dan memaklumkan kepada polis sebelum membantu menenteramkan mangsa sementara menanti polis tiba.
"Bantuan pasukan bomba sukarela juga digunakan bagi memasuki premis berkenaan melalui tingkap tingkat dua, bagaimanapun suspek tidak ditemui.
Polis mengarahkan suspek supaya bertenang dan memberi kerjasama. |
"Kami kemudiannya memeriksa tingkat tiga, bagaimanapun mendapati pintu jerijinya terkunci daripada dalam," katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Menurutnya, menyedari sesuatu yang tidak kena pada tingkat itu, mereka dengan bantuan bomba sukarela terpaksa memecahkan pintu utamanya.
"Pemeriksaan awal bersama juga tidak menemui suspek, bagaimanapun akhirnya suspek ditemui cuba menyembunyikan diri dalam bilik air tingkat berkenaan.
"Suspek kemudiannya ditenangkan polis sebelum ditangkap," katanya.
Difahamkan sebelum ini suspek pernah tinggal di bangunan itu dan sering memasukinya tanpa kebenaran pemilik.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, siasatan berhubung kejadian berkenaan sedang dilakukan pihaknya.
"Kita sedang mengenal pasti punca sebenar sehingga suspek bertindak sedemikian," katanya.
sumber- Sinar
No comments:
Post a Comment