Baazlan Ibrahim CHE SAMAD (kiri) dan isterinya, Halimah Zakaria (dua dari kanan) melihat jenazah Muhammad Alias buat kali terakhir sebelum dikebumikan di Johor Bahru semalam. |
JOHOR BAHRU – “Saya terkilan kerana sehingga kini tiada sesiapa tampil mengaku bertanggungjawab menyebabkan kematian anak saya.”
Demikian luahan rasa kecewa Che Samad Che Omar, bapa kepada Muhammad Alias, kanak-kanak berusia empat tahun yang mati kelmarin selepas kepalanya tertusuk batang buluh penyidai pakaian di Flat Sri Tanjung, Taman Kempas Permai di sini Ahad lalu.
Menurut Che Samad, kejadian itu tidak sepatutnya berlaku dan berharap pihak polis mengambil tindakan sewajarnya terhadap mana-mana pihak yang bertanggungjawab.
“Kecuaian ini tidak harus berulang kerana ia melibatkan nyawa orang yang tidak bersalah,” ujarnya ketika ditemui pada majlis pengebumian Muhammad Alias di sini semalam.
Mangsa yang mengalami kecederaan di kepala selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Alif di sini pukul 2 petang.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Superintendan Beh Eng Lai berkata, pihaknya telah menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes berkenaan sebelum dibebaskan dengan jaminan polis kelmarin.
Katanya, lelaki berusia 34 tahun itu yang juga jiran mangsa telah mengaku sebagai pemilik buluh terbabit.
sumber- Kosmo
No comments:
Post a Comment