Michael dan Francesca Bennett |
Semua yang disentuh berubah menjadi emas. Mungkin inilah istilah yang tepat bagi para selebriti di dunia. Bermula dari pakaian yang dipakai hinggalah ke sisa makanan juga mempunyai nilai yang luar biasa.
Michael dan Francesca Bennett, sepasang suami isteri dari Britain ini memiliki hobi yang pelik kerana mereka berdua gemar mengumpulkan sisa makanan para selebiriti dari seluruh dunia.
Namun, siapa sangka jika hobi yang dikatakan pelik ini memberikan keuntungan besar pada mereka.
Baru-baru ini mereka berjaya melelong secebis puding sisa makanan Putera Charles dengan harga 300 poundsterling.
muzium yang disediakan khas |
Sisa puding pewaris takhta Kerajaan Britain ini merupakan salah satu koleksi yang dimiliki Michael dan Francesca. Bukan itu sahaja, mereka berdua turut menyediakan muzium khas untuk mempamerkan sisa-sisa makanan para selebriti yang telah dikumpul.
Menurut laporan Dailymail, mereka mula mengumpulkan sisa makanan selebriti dari seluruh dunia ketika cuba mengumpulkan dana bagi membantu pembiayaan perubatan kanak-kanak yang diserang kanser pada pada tahun 2004.
No comments:
Post a Comment